nuffnang ads

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2015

SPAGETTI UDANG



Bahan bahan 
1 paket spagetti -rebus
5 ekor udang besar 
6 tangkai cili kering -kisar 
1 labu bawang besar - potong bulat
1 lada benggala a.k.a capsicum hijau 
1 lada benggala merah
3 ulas bawang putih 
3 sudu sos tomato
sedikit daun pasli 
150gm kubis hijau 
1/2 biji lobak merah
6 sudu besar marjerin 
8 biji tomato ceri
garam secukup rasa 

cara memasak 

1- Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, udang, cili kisar dan sos 
tomato.
2- Masukkan tomato ceri, lada benggala hijau dan merah, lobak merah dan sayuran lain. 
3- Akhir sekali masukkan spagetti dan garam... gaul rata.. setelah masak, angkat dan hidangkan 
dengan taburan daun pasli..

p/s: anda boleh masukkan apa sahaja sayuran yg anda suka..

KERABU MANGGA BERSANTAN



Bahan-bahan A: 
2 biji mangga - dihiris halus 
2 biji bwg merah -dihiris 
5 btg kacang panjang -dihiris halus 
3 biji limau kasturi -ambil jus 
1/2 btg lobak merah -dihiris 
2 biji tomato -dipotong dadu 
2 biji cili merah -dihiris halus 
5 biji cili padi -dihiris halus 
1/2 cawan pati santan 

Bahan-bahan B : 
5 biji cili padi 
2 biji cili merah 
sedikit belacan 

Bahan-bahan C :
garam 
gula 
bahan perasa (jika suka) 

CARA MEMBUAT : 
1- Tumbuk lumat bahan B. 
2- Masukkan bahan A ke dlm mangkuk (kecuali pati santan), kemudian 
masukkan pula bahan B dan C 
dgn dikacau rata. 
3- Kemudian masukkn pati santan dan kacau rata. 

**bagi yg mempunyai kolestrol tinggi,boleh kurangkan santan atau 
boleh dganti dgn evaporated milk** 

##kurangkan jumlah cili jika tidak suka pedas##

Jumaat, 18 Januari 2013

Cream Brulle


bahan
500ml krim putar
150g gula kastor
3 biji telur
10g esen vanila

cara membuatnya:

1- Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar, kacau rata tetapi jangan sampai kembang.
2- Tapis bahan dan tuang ke dalam mangkuk kaca untuk dibakar.
3- Letakkan mangkuk kaca di atas dulang pembakar yang berisi air, kemudian masukkan
ke dalam ketuhar. Air bertujuan mengelakkan mangkuk pecah ketika proses membakar.
4- Bakar pada suhu 170'C, 25-30 minit atau sehingga masak.
5- Setelah masak, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Ayam Berlada Sisjaat


Bahan-bahan
6 ketul ayam dicuci bersih
1 cawan minyak panas
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
30g halia
30g lengkuas
200g cili merah
gula da garam secukup rasa


Cara membuat

1~ Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan
2~ Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan cili merah.
3~ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
4~ Masukkan ayam goreng, kacau hingga sebati.
5~ Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.


Jumaat, 21 Disember 2012

TART KEJU SISJAAT




BAHAN BAHAN


200g mentega
100g gula
1 biji telur
400g tepung gandum
2 sudu air sejuk
esen vanila


bahan inti

200g krim keju
50g mentega
60g gula
1 biji telur


cara membuat

untuk kulit
1- putar mentega dan gula.
2- kemudian masukkan telur, esen vanila dan air.
3- putar hingga adunan berkrim.
4- masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
5- tekan doh ke dlm acuan tart dan bakar selama 20minit.


untuk inti
1- putar keju, mentega dan gula sehingga kembang.
2- masukkan telur da putar lagi sehingga sebati.


kemudian masukkan inti ke dalam kulit yg dh dibakar..hias ikut citarasa..

TILAPIA SAMBAL ALA SISJAAT


Bahan-bahan

3 ekor ikan tilapia - dibersihkan
20 tangkai cili api - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 biji tomato - dihiris halus
1 tangkai daun sup
sedikit bawang goreng


Cara membuat

1- gorengkan ikan tilapia dan ketepikan
2- tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
3- masukkan garam dan gula
4- tumis lagi sehingga garing
5- kemudian tuangkan bahan tumisan ke atas ikan tilapia yang telah digoreng
6- hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng


SELAMAT MENCUBA

ASAM PEDAS IKAN PARI





Bahan-bahan

1 kg ikan pari - dibersihkan dan dipotong
4 batang bendi
1 bunga kantan - diracik
10 tangkai cili kering - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
sedikit halia - dikisar
sedikit belacan - dikisar
sedikit serbuk kunyit
air asam jawa


Cara Membuat:

1- Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
2- kemudian masukkan air asam jawa dan ikan
3- Tambah kn air dan biar mendidih.
4- Setelah itu masukkan bendi, bunga kantan dan perasakan.
5-biar merenih sehingga bendi lembut dan ikan masak.
6- sedia dihidangkan bersama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

KERABU MANGGA BERSANTAN

Bahan-bahan A:
2 biji mangga - dihiris halus
2 biji bwg merah -dihiris
5 btg kacang panjang -dihiris halus
3 biji limau kasturi -ambil jus
1/2 btg lobak merah -dihiris
2 biji tomato -dipotong dadu
2 biji cili merah -dihiris halus
5 biji cili padi -dihiris halus
1/2 cawan pati santan

Bahan-bahan B :
5 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan

Bahan-bahan C :
garam
gula
bahan perasa (jika suka)

CARA MEMBUAT :
1- Tumbuk lumat bahan B.
2- Masukkan bahan A ke dlm mangkuk (kecuali pati santan), kemudian
masukkan pula bahan B dan C
dgn dikacau rata.
3- Kemudian masukkn pati santan dan kacau rata.

**bagi yg mempunyai kolestrol tinggi,boleh kurangkan santan atau
boleh dganti dgn evaporated milk**

##kurangkan jumlah cili jika tidak suka pedas##

UDANG GORENG ASAM JAWA

Bahan-bahan :
200 gram udang sederhana
3 ulas bwg putih -didadu kecil
6 ulas bwg merah -didadu kecil
5 tangkai cili merah -didadu kecil
3 tangkai cili hijau -didadu kecil
40 gram daun ketumbar -dihiris halus
50 ml minyak sayuran
100 ml air asam jawa
10 gram garam
10 gram gula

CARA MEMBUATNYA :
1- Bersihkan udang & goreng d dlm minyak yg byk sehingga kekuningan
dan ketepikan.
2- Tumis bahan yg didadu td sehingga naik bau, kemudian masukkn air
asam jawa dan biarkan seketika.
3- Masukkan garam dan gula secukup rasa serta daun ketumbar. Kacau rata.
4- Masuukn pula udang dan dkacau rata seketika.
5- Angkat dan hidang..Sedia dinikmati.